Sunday, May 08, 2011

sAAt kau pERgi....

.....
syukur pabila engkau nyatakan cinta padaku
cinta aku berbalas
aku melihat senyuman terukir di bibir mu
di saat itu dunia seperti tersenyum padaku
tapi aku tak mengerti
kenapa aku diperlakukan begini rupa
kenapa aku dipersalahkan
katakan sahaja padaku
cintamu terhadapku itu hanya khayalan sahaja
hanya mainan buatmu

bukan aku mengharap apa-apa pada kau
cuma mengharap sedikit cebisan kasih sayang mu
bukan aku nak mengongkong mu
cuma rasa sayang aku padamu
ku tak pinta harta mu
cukuplah sedikit rasa cinta kamu padaku
dan aku harapkan kesetiaan padamu
agar aku terasa diri ini diperlukan

tak perlu aku menagih lagi
tak perlu aku mencari kamu lagi
biar senang kamu susah aku
agar aku dapat lepaskan kamu
agar kamu bahagia
agar aku rasa gembira melihat kamu
sampai bila kamu mahu melihat aku
dalam khayalan menagih sayang darimu

aku tahu siapa aku
tak layak bagimu anggap aku sebagai teman
tak layak bagimu anggap aku sebagai kawan
mungkin sudah takdir kita
berpisah satunya jalan
andai kamu melihat aku
tegurlah aku sebagai kawan
takkan pernah aku lupakan kamu
kamu pinta untuk dilepaskan
aku mengerti perasaan kamu
lemas bila bersama aku
dan aku paham
aku bukan untukmu

cinta kamu hanya pada si dia
pergilah kamu kepada dia
bahagiakan dia sepertimana kamu bahagiakan aku dulu
walaupun sesaat bagi mu
 bagiku seperti selamanya saat itu
dan izinkan aku melepaskanmu
seperti yang kamu mahu
takkan aku pernah lagi bersamamu
takkan lagi kamu menjadi pujaan
cukuplah sekadar ini pertemuan kita


 

p/s tanganku sekadar menggedik menekan keyboard...xde kait ngan aku pon sebenarnya..haha gatal2 tangan menulis jew..xde kene mengena dengan yang mati ataupun masih hidup...ok

1 comment:

Yana ♥ said...

peeewit .. jiwang seyh :p

assalamualaikum...enjoy my blog k..tinggalkan jejak korang :)senang aku buru korang balik..hehe